Resipi Mini Oreo Cheese Cake
Filling
250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound (coklat utk masakan punye tapi coklat putih ye)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb (biskut oreo.. buang krim tgh tu. dan hancorkan biskut tu.. kalo xde penimbang .. korg agak2 je.. ak pun agak2 je..)
Base
Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)
Cara-cara membuatnya:
A) Filling Oreo Cheese Cake
1) Masukkan cream cheese ke dalam bekas dan adunkannya sehingga kembang dan nampak 'fluffy'.
( * org bujang mcm ak.. ak wat bnde alah nie gune pemukul yg mcm gelung tu.. kalo korg ade mesin pemutar tu agy bgus.. pukul die smpai licin x berketul2. kalo die x melekat kt pemukul die tu kire ok la tu)
2) Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.
3) Kemudian, cairkan coklat compound dan sejukkannya.
(* aku cairkan dengan cara double boiled ).. korg masak air dlm periuk.. lex coklat dalam bekas.. n then lex bekas tu atas air yg panas tu.. sehingga coklat tu cair..
4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati.
5) Masukkan krim oreo yg korg asingkan td utk oreo crumb ke dalam adunan.kacau sehingga sebati
(* step ke 5 nie.. resepi ak reka sendiri .. sbb membazir la kalo nk buang krim tu kan )
6) Seterusnya, campurkan oreo crumb. kacau sehingga sebati.
Adunan filing cheese cake yang telah dicampur dengan oreo crumb
B) Base Cheese Cake
Ni bukan pic aku.. ak ciplak dari blog akak tu.. ak x snap pic time nie..tapi same je la caranya
7) Anda tak perlu susah-susah
menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base
untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo
dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo
ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini.
Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.
C) Dekorasi Mini Cheese Cake
Hasilnya..
SELAMAT MENCUBA !!!!!
nmpk sedap....
ReplyDeleteala senang nya . hehehe . nak buat nak buat , maceh kongsi resepi ni :)
ReplyDelete