Daisypath - Friendship

Monday, July 23, 2012

Resepi Kek Batik....

Wah.. nie 1st time ok aku nak wat Kek Batik.. dgr org ckp sng2.. tapi x pnah nyer nk try.. disebabkan smlm aku mcm xtau nak wat ape2.. ari ahad plak kan.. ak tbe2 terajin utk try.. search2 menu kt google.. dapat lak blog akak nie..mmg sgt sng la.. ak pun ape agy smakin bersemangat la nk try.. agy satu Kek Batik nie sgt sng.. x yah nak bakar bagai.. just lex dlm peti ais je ..maklum la.. org bujang..ape pun xde.. yg ade.. dapur letrik je. mampu???? heheh.. =)


Bahan2 nya...


1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)


Cara2 nya...
  1. Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus) dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok. Sebab mende alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)
  2. Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat . Tutup api.
    Jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak.
  3. Masuk kan dalam loyang, pastu tekap tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan saksama.
  4. Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh.
  5. Dan boleh dihidang utk berbuka.. sgt simple uolls.. =) Selamat Mencuba.. 

No comments:

Post a Comment