Wednesday, July 25, 2012

Mini Oreo Cheese Cake

2 hari lepas.. tgh duk search kt tenet kek ape yg boleh ak wat tanpa kukus dan bakar.. ak terjumper satu resepi.. Mini Oreo Cheese Cake.. resepi die sgt senang dan mudah.. sesuai la utk ak yg baru nk berjinak2 wat kek nie.. tapi brand bahan2 yg akak tu gune.. ak x pnah dgr..  biase la.. name pun baru2 nk jinak2 ngn wat kek nie.. dgn bantuan sorg rakan Yana Leiya.. die yg guide ak.. utk bli bahan yg same mcm akak tu gune tp dgn brand yg mudah dapat di mana2 pasaraya ... 



Resipi Mini Oreo Cheese Cake 

Filling

250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound (coklat utk masakan punye tapi coklat putih ye)

1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb (biskut oreo.. buang krim tgh tu. dan hancorkan biskut tu.. kalo xde penimbang .. korg agak2 je.. ak pun agak2 je..)



Base

Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)


Cara-cara membuatnya:

A) Filling Oreo Cheese Cake


1) Masukkan cream cheese ke dalam bekas  dan adunkannya sehingga kembang dan nampak 'fluffy'.

 ( * org bujang mcm ak.. ak wat bnde alah nie gune pemukul yg mcm gelung tu.. kalo korg ade mesin pemutar tu agy bgus.. pukul die smpai licin x berketul2. kalo die x melekat kt pemukul die tu kire ok la tu)

2) Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.


3) Kemudian, cairkan coklat compound dan sejukkannya.


(* aku cairkan dengan cara double boiled ).. korg masak air dlm periuk.. lex coklat dalam bekas.. n then lex bekas tu atas air yg panas tu.. sehingga coklat tu cair..


4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati. 

5) Masukkan krim oreo yg korg asingkan td utk oreo crumb ke dalam adunan.kacau sehingga sebati 


(* step ke 5 nie.. resepi ak reka sendiri .. sbb membazir la kalo nk buang krim tu kan )

6) Seterusnya, campurkan oreo crumb. kacau sehingga sebati.

Adunan filing cheese cake yang telah dicampur dengan oreo crumb

B) Base Cheese Cake

Ni bukan pic aku.. ak ciplak dari blog akak tu.. ak x snap pic time nie..tapi same je la caranya

7) Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.

8) Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.
C) Dekorasi Mini Cheese Cake
utk Topping die.. terpulang la korg nak lex ape pun bg cantik.. dan sedap mate memandang.. jgn lex byk bnde sgt.. nnt nmpk serabut plak... Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk selama 4-5 jam....

Hasilnya.. 

SELAMAT MENCUBA !!!!!
 


 

2 comments:

  1. ala senang nya . hehehe . nak buat nak buat , maceh kongsi resepi ni :)

    ReplyDelete