Daisypath - Friendship

Wednesday, May 21, 2014

Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang

Semalam aku dihubungi oleh Pegawai Bertugas memberitahu bahawa terdapat satu kes yang perlu diselesaikan... tanpa membuang masa ak bergegas terus ke pejabat.. nk tgk jgak ape yg berlaku.. ak didatangi seorang wanita yang tengah mengandung bersama ahli keluarganya. wanita tersebut telah memberitahu bahawa beliau telah mengandungkan anak kepada anggota aku.kandungan tersebut seminggu lagi berusia 9 bulan mksudnye sedang menunggu masa utk bersalin. tapi wanita tersebut x pernah berkahwin dengan anggota tersebut. Astaghfirullahalazim.. wanita ini sudah berusia 27 tahun.. dan berlatar belakangkan pendidikan ijazah undang-undang... Adakah die bodoh???? dia mengatakan beliau dipaksa utk melakukan benda terkutuk tersebut.. di usia 27 taun.. Adakah die masih dipaksa.. ?? sekiranya beliau ingin membuat pertuduhan bahawa beliau telah dirogol.. Adakah ketika kandungan beliau telah mencecah hampir 9 bulan baru datang nk buat report..Kenapa tidak dari awal..  Kenyataan dari pihak lelaki pula menyatakan bahawa kali pertama memang die memaksa.. tapi untuk seterusnya wanita tersebut yang sukarela.. aku semalam smpai speechless.. dan biarkan pegawai yang lebih besar dari aku utk uruskan.. tapi sbenanyer ini bukan lah kali pertama aku menguruskan perkara seperti.. setiap insan  takkan lari daripada melakukan kesilapan.. aku hanya mampu mendoakan agar taubat wanita tersebut diterima oleh Allah s.w.t. Perkara yang telah berlaku jadikan pengajaran dalam hidup kerna ini semua yang akan mematangkan kita.